Assalammualaikum... kepada semua kengkawan semua ini adalah blog aku.aku harap ko orang baca la blog aku ini mungkin ada cerita-cerita yang aku boleh kongsikan bersama ko orang sekalian

11 Mac 2009

MELAYU OH MELAYU

Sayang! Adakah generasi Melayu bakal tinggal sejarah? Kini,,, anak Melayu sendiri malu hendak menyanjung bangsanya di celah-celah komuniti yang mengamalkan cara hidup bebas, mewah, moden dan "open minded". Identiti Melayu sudah tenggelam di dasar kehidupan ala kebaratan, fahaman agama yang kian bercelaru disogok dengan ideologi-ideologi barat.Apa lagi hendak dikata bila Melayu lupa asal usul , bila Melayu hilang jati diri , bila Melayu tidak kenal akan bangsanya.

17 November 2008

14 November 2008

"Tanah Melayu" yang kian terhakis.


Mahukah kita semua kehilangan negara kita Malaysia? Mahukah kita semua Malaysia dijadikan seperti Singapura yang pada asalnya milik Persekutuan Tanah Melayu? Apakah kita semua sedar bahawa pihak pembangkang membawa kita menuju kepada kehancurannya Tanah Melayu dan ketuanan Melayu di tanah air sendiri?
Rata-rata rakyat kita sebok menjalankan rutin harian bekerja mencari rezeki. Ada yang berniaga, makan gaji dan sebagainya. Rata-ratanya juga terlupa akan hal perihal negara kita yang kini huru hara akibat ketidak stabilan politik. Satu fenomena yang berlaku akibat perbuatan parti pembangkang yang gila kuasa dan rakus.
Mereka mengatakan bahawa merekalah pembela rakyat. Mereka mendakwa mereka prihatin dan pejuang rakyat. Dan hasilnya mereka berjaya mempedaya rakyat dengan omongan mereka apabila menawan 5 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Setelah menang, maka bermulalah episod luka untuk rakyat, terutamanya bangsa Melayu dan Islam.
FIKIRKANLAH WAHAI BANGSAKU

Malam Media Dan Ngo's


penterjermahan

Tajuk : MALAM MEDIA ANJURAN JABATAN PENERANGAN KULAIJAYA.


( Kulaijaya 19hb. ) Semua pengamal media dan badan bukan kerajaan telah dijemput menghadiri Majlis Malam Media anjuran Jabatan Penerangan Kulaijaya. Kahadiran termasuk Pegawai Penerangan En. Muhammad Shah ( kanan sekali ),Penolong Pegawai Daerah Kulaijaya En. Abd Rahamn Salleh ( dua dari kanan), ADUN Bukit Batu YB. Chong Chin Liang ( tiga dari kanan ), Pengurusan IOIMall En. Chong Jin Long ( empat dari kanan ), Pembantu Khas kepada YB. AhliParlimen Kulai Dato' Seri Ong Ka Ting En. Chong Jin Han serta wakil mediacetak dan wakil badan-badan bukan kerajaan.
sumber Shin Chew Jit Poh 22hb Okt 2008
Penterjemah : En Sia (Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor

12 November 2008

Gurindam Orang Gomen

Ini kisah jadikan tauladan
Kisah cerita orang gomen
Di suruh bekeje banyknye alasan
Kije tak seberape ceritanye yang bukan-bukan

Orang masuk ‘ U ‘ dia pun nak juge
Orang bejaye dia ntah kemane
Orang bekeje dia pun nak bekeje
Swasta tak dapat gomen pun bole

Dapat la pulak pangilan temuduge
Sibuklah si ayah dan ibu mencari kabelnye
Nak bantu si anak mendapatkan keje
Dari gred bwah hingga menteri di contactnye

Surat panggilan lapor diri telah diterime
Sukanye hati tidak terkire
Mase temuduge kabel digune
Jadi orang gomen itu la kejenye

Cakap nye saje nak bekeje
Baru sebulan dah tunjuk belangnye
Sehari bekerje seminggu m.c nye
Keja tak terlaksane kengkawan yang merane

Gurindam ini bukan nak mengate
Cerita benar dimane-mane
Nasihat aku pade yang terase
Berhentilah jadi orang gomen kerane ramai lagi yang memerlukan keje

10 November 2008

INFOMASI TERKINI UNTUK SEMUA

JOHOR BHARU 9 Nov. — Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini, harga minyak dijangka turun lagi pada pertengahan bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.
Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras US$70 setong pada masa ini, katanya.

“Pada bulan Oktober lalu harga minyak berada di paras antara US$74-US$77 dan menurun kepada US$70 semasa lapan hari terakhir bulan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Tokoh Murid di Sekolah Kebangsaan Tebrau, Bakar Batu di sini hari ini.
Majlis anjuran Malaysian Resources Corporation Berhad di bawah Program Pemimpin Muda merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut.Shahrir berkata, harga niaga hadapan minyak iaitu pada bulan Disember juga menunjukkan ia akan berada pada paras di bawah US$70.Trend harga minyak yang menurun itu, katanya, akan membolehkan harga minyak di pam-pam stesen minyak dikurangkan lagi pada harga yang berpatutan.Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.Ia merupakan kali keempat kerajaan menurunkan harga minyak selepas 23 Ogos, 24 Sept dan 15 Okt.
Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20.Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.
Mengenai kenaikan harga minyak pesawat ringan, Shahrir berkata ia bukan bahan yang dikawal oleh kerajaan.Katanya, kenaikan harga minyak tersebut dari RM6.20 kepada RM9.53 seliter di Kuala Lumpur dan RM9.80 seliter di Langkawi adalah berikutan kekurangan bekalan bahan itu.
Harga minyak yang diimport dari Amerika Syarikat, Australia dan Thailand itu ditentukan oleh penjualnya.Kenaikan itu, katanya, adalah sementara dan dijangka kembali normal tidak lama lagi.Katanya, kerajaan akan melihat kemungkinan membuka penjualan minyak ini kepada pihak lain selain Petronas.Beberapa sekolah penerbangan dan pemilik pesawat ringan peribadi dilaporkan merungut berikutan kenaikan harga minyak itu yang jauh berbeza dengan harga yang dijual di negara jiran Singapura pada S$2.61 (RM6) seliter.
sumber— BERNAMA --- utusan malaysia ARKIB : 09/11/2008

04 November 2008

KAJIAN TERBARU

Lelaki Vs Perempuan

Kajian Menarik terbaru..

Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt

Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..

5 Petua mandatangi isteri dari belakang...

5 petua mendatangi isteri dari belakang


1. sekiranya isteri manja, geleteklah dia "he, kuci kuci kuci"

2. sekiranya isteri garang, maka sebutlah "sorry darling, i balik lewat"

3. sekiranya isteri suka surprise, maka sebutlah "surprise!, abang dah balik"

4. sekiranya isteri lemah semangat, maka sebutlah "assalamualaikum sayang, abang dah balik " agar dia tidak terkejut

5. sekiranya isteri sedang memasak, maka sebutlah "masak apa tu darling"


ha..ha..ha.. jangan fikir yang bukan-bukan

31 Oktober 2008

RENUNGAN BERSAMA

RAHSIA JARI...

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang

30 Oktober 2008

SUAMI ISTERI

Ada sepasang suami isteri yg duduk dikampung. Oleh kerana rumah mereka yg terlalu berdekatan dgn jiran tetangga, Maka si suami pun mengajar bahasa yg jarang digunakan oleh tetangganya. Isteri beliau yg sengau sentiasa menurut kata kata suami nya itu. So suatu hari suami nya berkata.“Yang, kalau i cakap kongkek maknanya..kita main yer’Isterinya mengangguk sahaja..Dan pada malam itu si suami kegersangan dan bertanya pada isterinya ‘Kongkek boleh tak yang?’Si isteri pun ‘ok’Setelah penat projek, mereka pun mandi bersama. Waktu mandi isteri nya yg sengau itu pun berkata‘Yang nak kongkek’ Beliau pun terperanjat.. tapi oleh kerana sayangkan isterinya..beliau pun ‘buat projek’ kat toilet itu. Isterinya pun membiarkan sahaja..Setelah abis isterinya mandi dan berkata dgn suami nya.. ;’ Yang nak kongkek’Suami nya berkata.. ‘lah tak puas lagi ke?’Isterinya menggeleng gelengkan kepala sambil berkata ‘Kong kek!Kongkek!Kongkek!Si suami got no choice pun melakukan lagi..Selepas itu isterinya berkata.. ‘Bole tak awak kasi saya kongkek’ Beliau mula naik radang dan tak faham dgn nafsu isterinya. Apabila beliau hendak start lagi.. isterinya pun menahannya..Saya bukan nak kongkek.. Saya nak ….

HANYA SEKADAR HIBURAN...

Berape hari yang lepas, satu temuduga kenaikan pangkat telah dibuat oleh salah sebuah anak syarikat TNB. Biasalah kan kalau nak naik pangkat mestilah duduk ujian bertulis dan lepas tu barulah ujian bercakap pulak (temuduga lah tu) test suaralah pulak. Dan dalam ramai-ramai yang terpilih tu ade tige kawan kite dariterengganu telah dipilih untuk di temuduge.Kebetulan pulak tige kawan kite ni adalah peserte ketige yang pertame. Ape lagi berdebar-debarlah jantung kawan ni. Kawan yang nombor satu mule la merungut. (bace ayat seterusnya kene ikut loghat terengganu!)"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi doh bale baru sapa pulok".

Sampuk pulak kawan yang kedue, "Mapuh kite kalu lagu ni. Aku doh kecut perut ni ."Dan bersuare la pulak kawan yang ketige dengan berlagak macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh. Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tak tahu, mu bahang gi la jawap bende pun .Janji mu jawap. Doh hok mu due ekor ni takut sangat bak pe. Bukang nye tukang interbiuw tu nok makang mu"."Cee mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control macho lagi".

Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kawan kite yang pertame ni pun dipanggil. Dalam 15 minit kemudian, kawan yang pertame ni pun keluarlah. Ape lagi macam kera kene belacan la si kawan nombor due ni pun tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi."Eh awang menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi".

Kawan nombor satu tadi pun jawap,
"Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak dok bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye, Pengerusi TNB yang baru siape name. Aku pung jawap lah Datuk Jamaluddin Jarjis".Kawan nombor dua pulak menyampuk

"Ah sudoh aku tok reti nok sebuk name tu.Guane nih awang.Aku rase nok terkecing doh ni. Ah aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."Pastu sampuk le pulak kawan nombor tige yang berlagak pandai ni,

"Bak pe yang mu jadi bodo sangat nih. Jangan tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu nampok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda (seluar dalam la tu) mu tu. Kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pas tu mu kerling la sikit name Pengerusi TNB".Ape lagi kawan nombor due suke la dengar idea bernas kawan die tu.Tapi die tak tak tahu yang kawan die nombor tige tu pun panik jugak, sebab die pun tak tahu nak sebut macam mane.Name kawan nombor due pun dipanggil. Dalam 20 minit kawan nombor due tak keluar-keluar lagi. Kawan yang nombor tige dah panik kenape kawan die tu tak keluar keluar lagi. 5 minit kemudian keluar la kawan nombor due ni dengan muke tersenyum. Kawan no. 3 pun tanye la, ape soalan yang keluar, jawap la kawan no 2 ni,

“Susoh jugok soalang die tapi soalang Pengerusi TNB tu akubuleh jawap, aku sempat selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi."Aku pung sebenor nye tok tahu jugok nok sebut name Pengerusi TNB tu." Jawap lah kawang no 2 tadi." Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"Kawan no 3 pulak jawap,
" Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda".
Ape lagi kelam kabut le kawan kite.Tibe-tibe kawan no 1 yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea.
"Ape bende yang susoh sangat ni. Awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."

Ape lagi bergegas la kawang-kawang ni pegi toilet untuk berpindah seluar dalam. Tak lame lepas tu name kawan no 3 ni pun di panggil. Dengan semangat berkobar-kobar dan rase confident yang amat sangat kawan kite ni masuk dalam bilk interbiuw tu.Dalam 10 minit kawan nombor 3 ni keluar sambil tergaru-garu kepale dengan muke kepelikkan. Kawan-kawan die yang luar ni tanye la kenape keluar awal sangat. Die menjawap, mase die jawap ahli panel tanye Name Pengerusi TNB, lepas tu die jawap la. Tak pasal-pasal semue ahli panel tergelak-gelak sampaikan ade yang mengalir-alir air mate tak tahan sangat. Pastu kawan-kawan ni tanye la, mase ahli panel ni tanye Name Pengerusi TNB tu, ape mu jawap.Dengan confident die bagitahu dengan kuat dan lantang " Datuk Calvin Klien". Rupe-rupenye mase kawan-kawan ni berpindah seluar dalam tadi, kawan yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depan, yang depan ke belakang. Name Pengerusi TNB yang baru tu kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan.Apalagi tergelak besarlah kawan-kawan yang due orang lagi tu. Sebagai pengajaran untuk anda semuejangan la cube menipu mase interbiuw nanti.Tak berkat .

29 Oktober 2008

PENGALAMAN PERTAMA SEORANG GADIS, MUNGKIN JUGA ANDA!

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakansesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antarayang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.

Teka-Teki Menguji Minda

p/s Ha...cuba teka....jgn pikir yang bukan-bukan
tau!!!!!!!!!!!!!

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Jangan lihat jawapan nya dulu















ini jawapannya:-

1) Masukkan benang dalam jarum

2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

3) MILO AIS

4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

6) Semut yang matanya BENGKAK

7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat

8) Panjat pokok kelapa

9) Kambing binATANG

10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

Lagu aku

28 Oktober 2008

Selamat Hari Raya

PhotobucketSelamat hari raya