Assalammualaikum... kepada semua kengkawan semua ini adalah blog aku.aku harap ko orang baca la blog aku ini mungkin ada cerita-cerita yang aku boleh kongsikan bersama ko orang sekalian

11 Mac 2009

MELAYU OH MELAYU

Sayang! Adakah generasi Melayu bakal tinggal sejarah? Kini,,, anak Melayu sendiri malu hendak menyanjung bangsanya di celah-celah komuniti yang mengamalkan cara hidup bebas, mewah, moden dan "open minded". Identiti Melayu sudah tenggelam di dasar kehidupan ala kebaratan, fahaman agama yang kian bercelaru disogok dengan ideologi-ideologi barat.Apa lagi hendak dikata bila Melayu lupa asal usul , bila Melayu hilang jati diri , bila Melayu tidak kenal akan bangsanya.