Assalammualaikum... kepada semua kengkawan semua ini adalah blog aku.aku harap ko orang baca la blog aku ini mungkin ada cerita-cerita yang aku boleh kongsikan bersama ko orang sekalian

17 November 2008

14 November 2008

"Tanah Melayu" yang kian terhakis.


Mahukah kita semua kehilangan negara kita Malaysia? Mahukah kita semua Malaysia dijadikan seperti Singapura yang pada asalnya milik Persekutuan Tanah Melayu? Apakah kita semua sedar bahawa pihak pembangkang membawa kita menuju kepada kehancurannya Tanah Melayu dan ketuanan Melayu di tanah air sendiri?
Rata-rata rakyat kita sebok menjalankan rutin harian bekerja mencari rezeki. Ada yang berniaga, makan gaji dan sebagainya. Rata-ratanya juga terlupa akan hal perihal negara kita yang kini huru hara akibat ketidak stabilan politik. Satu fenomena yang berlaku akibat perbuatan parti pembangkang yang gila kuasa dan rakus.
Mereka mengatakan bahawa merekalah pembela rakyat. Mereka mendakwa mereka prihatin dan pejuang rakyat. Dan hasilnya mereka berjaya mempedaya rakyat dengan omongan mereka apabila menawan 5 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Setelah menang, maka bermulalah episod luka untuk rakyat, terutamanya bangsa Melayu dan Islam.
FIKIRKANLAH WAHAI BANGSAKU

Malam Media Dan Ngo's


penterjermahan

Tajuk : MALAM MEDIA ANJURAN JABATAN PENERANGAN KULAIJAYA.


( Kulaijaya 19hb. ) Semua pengamal media dan badan bukan kerajaan telah dijemput menghadiri Majlis Malam Media anjuran Jabatan Penerangan Kulaijaya. Kahadiran termasuk Pegawai Penerangan En. Muhammad Shah ( kanan sekali ),Penolong Pegawai Daerah Kulaijaya En. Abd Rahamn Salleh ( dua dari kanan), ADUN Bukit Batu YB. Chong Chin Liang ( tiga dari kanan ), Pengurusan IOIMall En. Chong Jin Long ( empat dari kanan ), Pembantu Khas kepada YB. AhliParlimen Kulai Dato' Seri Ong Ka Ting En. Chong Jin Han serta wakil mediacetak dan wakil badan-badan bukan kerajaan.
sumber Shin Chew Jit Poh 22hb Okt 2008
Penterjemah : En Sia (Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor

12 November 2008

Gurindam Orang Gomen

Ini kisah jadikan tauladan
Kisah cerita orang gomen
Di suruh bekeje banyknye alasan
Kije tak seberape ceritanye yang bukan-bukan

Orang masuk ‘ U ‘ dia pun nak juge
Orang bejaye dia ntah kemane
Orang bekeje dia pun nak bekeje
Swasta tak dapat gomen pun bole

Dapat la pulak pangilan temuduge
Sibuklah si ayah dan ibu mencari kabelnye
Nak bantu si anak mendapatkan keje
Dari gred bwah hingga menteri di contactnye

Surat panggilan lapor diri telah diterime
Sukanye hati tidak terkire
Mase temuduge kabel digune
Jadi orang gomen itu la kejenye

Cakap nye saje nak bekeje
Baru sebulan dah tunjuk belangnye
Sehari bekerje seminggu m.c nye
Keja tak terlaksane kengkawan yang merane

Gurindam ini bukan nak mengate
Cerita benar dimane-mane
Nasihat aku pade yang terase
Berhentilah jadi orang gomen kerane ramai lagi yang memerlukan keje

10 November 2008

INFOMASI TERKINI UNTUK SEMUA

JOHOR BHARU 9 Nov. — Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini, harga minyak dijangka turun lagi pada pertengahan bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.
Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras US$70 setong pada masa ini, katanya.

“Pada bulan Oktober lalu harga minyak berada di paras antara US$74-US$77 dan menurun kepada US$70 semasa lapan hari terakhir bulan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Tokoh Murid di Sekolah Kebangsaan Tebrau, Bakar Batu di sini hari ini.
Majlis anjuran Malaysian Resources Corporation Berhad di bawah Program Pemimpin Muda merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut.Shahrir berkata, harga niaga hadapan minyak iaitu pada bulan Disember juga menunjukkan ia akan berada pada paras di bawah US$70.Trend harga minyak yang menurun itu, katanya, akan membolehkan harga minyak di pam-pam stesen minyak dikurangkan lagi pada harga yang berpatutan.Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.Ia merupakan kali keempat kerajaan menurunkan harga minyak selepas 23 Ogos, 24 Sept dan 15 Okt.
Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20.Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.
Mengenai kenaikan harga minyak pesawat ringan, Shahrir berkata ia bukan bahan yang dikawal oleh kerajaan.Katanya, kenaikan harga minyak tersebut dari RM6.20 kepada RM9.53 seliter di Kuala Lumpur dan RM9.80 seliter di Langkawi adalah berikutan kekurangan bekalan bahan itu.
Harga minyak yang diimport dari Amerika Syarikat, Australia dan Thailand itu ditentukan oleh penjualnya.Kenaikan itu, katanya, adalah sementara dan dijangka kembali normal tidak lama lagi.Katanya, kerajaan akan melihat kemungkinan membuka penjualan minyak ini kepada pihak lain selain Petronas.Beberapa sekolah penerbangan dan pemilik pesawat ringan peribadi dilaporkan merungut berikutan kenaikan harga minyak itu yang jauh berbeza dengan harga yang dijual di negara jiran Singapura pada S$2.61 (RM6) seliter.
sumber— BERNAMA --- utusan malaysia ARKIB : 09/11/2008

04 November 2008

KAJIAN TERBARU

Lelaki Vs Perempuan

Kajian Menarik terbaru..

Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt

Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..

5 Petua mandatangi isteri dari belakang...

5 petua mendatangi isteri dari belakang


1. sekiranya isteri manja, geleteklah dia "he, kuci kuci kuci"

2. sekiranya isteri garang, maka sebutlah "sorry darling, i balik lewat"

3. sekiranya isteri suka surprise, maka sebutlah "surprise!, abang dah balik"

4. sekiranya isteri lemah semangat, maka sebutlah "assalamualaikum sayang, abang dah balik " agar dia tidak terkejut

5. sekiranya isteri sedang memasak, maka sebutlah "masak apa tu darling"


ha..ha..ha.. jangan fikir yang bukan-bukan